"i truly have..no comment....(ceh~ jwpn artist . what happen to you ekin ?!)"
pernah tak terfikir kalau dunia ni orang lansung tak kenal erti persahabatan ? tahu apa jadi kalau xde kwn ? pernah terbayang bagaimana keadaan tu tak ? kalau korang tanya aku aku senang je jawab .... B-O-R-I-N-G ! dan yang seangkatan tau se-sinonim denganya . Tentu hidup ni macam ni je = bangun , makan , kerja tau sekolah , rehat , kerja tau pegi lg ke sekolah , balik , tidur .
Aku rasa kalau mcm ni , sama je mcm kitaran hidup seekor nyamuk . Aku rasa hidup nyamuk tak lah se-boring mcm ni . kan ?
Pastu tak cukup dgn penderaan ke-boringan , mesti kesihatan muka kita tak terjaga ............ apasal bwat muka mcm tu ? pelik dengan statement td ? eeehhhh korang nie~ betul cakap aku ! korang tengah baca entri bakal seorang dokter ok !
Ni aku terangkan , kalau tak ada kawan mesti xde orng nak dok pok pek gan kita dan Ketawa bersama - sama . Ketawa tu kan senaman muka . Tp jgn lebih , kang di ucap gila , aq x nak bertanggungjawab . Lein lah mcm aku , dah memang ketawa melampaui batas dan had yang dibenarkan . Orang nak tgur masa aku ketawa pun x jadi . Takut kena saman oleh aku .
eh ? terpesong lagi ? sori sori . Jom , smbung baca entri bakal dokter ni .
Ok , kalau tak ada orang nak ketawa gan kita , gerenti otot muka korang tak bergerak langsung . So , nampak tak yang..... xde kawan + langsung x ketawa = Muka yang mendapat anugerah 'The worst face of the year! congrats ! ' *tepuk tangan* .
Dunia ini juga akan bersepah dengan masaalah . Yelah..... kalau xde kwn , masaalah nak diluah kat siapa ? kucing ? aku rasa kucing tu malas nak layan korang . bnyak lagi kerja yg berfaedah kucing boleh bwat dari melihat muka korang tu.....
Stress pun melanda .... stress = batu nisan .... kan ~?
Tapi terus terang aku nak kata , persahabatan ialah nilai yang tak mungkin dapat djual beli . Susah nak jelaskan erti tu seperti mana yang tertulis :-
"persahabatan ialah sesuatu yang paling susah dijelaskan di dunia . Ini bukanlah sesuatu yang boleh kamu pelajari di sekolah . Tapi jika kamu tidak belajar erti persahabatan , kamu sesungguhnya tidak belajar apa pun "
(Muhammad Ali)
bila aku tengok balik ayat , teringat balik kat kawan aku . hmm.... agaknya , adakah aku seorang kawan yang baik ? insyallah kalau kita semua berusaha untuk sesuatu kebaikan , kita akan mendapat pembalasan yang baik .
Jadi , pengajaran dya ialah = hargailah kawan yang telah mendampingi kamu . Mereka adalah orang terpenting selepas keluarga . Lein lah kalau yang ada pakwe/makwe , kawan diletakkan kat number 3 hidup diorang betul tak ? selain tu , kalau gaduh jgn biarkan berterusan lebih dari 3 hari , nanti dapat saham dosa percuma . So , be nice to them ok ? ^^
tu je yg aku nak bebel kan hari ni .
asalammuallaikum
Nur asyiqin .
**tolong jangan bayangkan aku ketawa , menyesal tak kesudah korang nanti .Peace !
Sunday, November 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment