"Amaran ! entri ini boleh membuatkan anda berkata , 'Ekin dah jadi lebih pelik dari biasa' atau kata pendeknya , sasau tahap gaban ..... entri ini juga boleh menyebabkan anda ke alam lein iaitu ..... alam mimpi .... ingat , anda telah di-warning-kan !"
duduk depan komputer....tercegat tak tahu nak tulis apa . mengenang nasib ... bila idea sudi nak singgah kat otak aku. Perlukah aku letakan umpan supaya idea datang ?... hmm.... Sambil itu mataku merenung komputer , aku berkata dlm hati , " eehhh ... sejak bila logo LG ada kat komputer ni ??" . Pada waktu yang sama , aku mengharap komputer ni membalas renungan ku sambil berkata " sejak azali lagi , cik ekin ooiii ..." . Malangnya , sindiran yang ku nantikan tidak didengari .... aku hanya terdengar bunyi kipas dan suara hagemaru yang ketawa tak ingat dunia bila mengenakan kawan baiknya .... oh lupa tutup tv ! kejap !
.............................
hah..... sekarang cuma dengar bunyi kipas dan , aku bunyi aku menaip sampai keyboard hampir terbelah dua . Korang mesti nak tau apa sebab aku tulis entri ni kan ? korang jangan lah nak wat bangang sangat sampai nak tau niat aku tulis entri perasan terbeik dari ladang , aku tau niat korang nak nampakan aku mcm pandai sangat .... walau hakikatnya aku lebih pandai (dasar tak sedar diri ). of coz lah sebab utama nak hapdet blog . Sebab kedua , aku nak cerita sikit
tentang kerisauan yang melanda kat aku .
aku sekrang sedih mengenangkan nasib bila masuk tahun hadapan . tahu kenapa ? bab tahun depan kemungkinan besar aku akan pergi dan tak akan jumpa kawan aku lagi . Apa ? pergi tak kembali ? amboooiii ..... mulut mcm xde insurance .... xpe , mulut aku pun boleh tahan power nyerr . Ok , Jom ramai-ramai balik ke pangkal jalan !
Selain tu , aku risau akan masa depan aku .. dapat ke aku tempuh masa yang akan datang ? dapat ke aku nak capai impian aku ? dapat kah aku balas balik jasa ibubapa aku ? dapat kah aku pinang khairul fahmi ??! ( ni lah statement 'gali-kubur-sendiri-dan-ditimbus-oleh-fan-club-khairul-fahmi namanyer )
untuk masa ni , dua benda ni je yang aku risau .... sampai sekarang aku pikir benda tu . Tapi risau aku tak lah sampai tahap nak frust menongeng sambil berguling atas lantai . Aku masih waras . Tetap aku mc risau . Tapi someone kc aku semangat untuk terus maju , katanye " jangan takut masa depan bab aku tahu kau kuat untuk menempuhnya . Buktinya kau dah sampai sekarang tempuh macam - macam cabaran , masih lagi kau berdiri untuk cabaran seterusnya !' . Aku betul - betul nak cakap thank you my friend ! kau dah beri aku sedikit semangat untuk terus maju kehadapan .
Apa - apa pun , thank you for listening .... aku terhutang budi kepada yang selalu beri motivasi kat aku . Terutamanya , motivasi ni percuma , hehe ... TQ !! k , nak chow lu , Budbye !
Wasallam .....
Disediakan oleh
Nur asyiqin ( tau nama tumpang glamour , Ekin! )
p/s : Ok , dah habis nukilan aku , kepada yang tertido ... dah amek air cuci muka . kita pegi bw sama-sama !! . Yang blum habis meng-kutuk aku , korang pi amek air sembahyang .... sekarang . Jangan nak jadi si tanggang .
Saturday, November 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment