"entri ini mengandungi :
- 30% perkara mengarut
- 15% ayat tak kenal erti 'untuk bacaan umum'
- 40% kebenaran yang hakiki lagi jelas, tepat dan padu .(O.o)
- 15% ayat terpesong dari kamus mahupun ensiklopedia
- 1% ayat yang membanggakan diri (tolong sediakan pisau, takut 1% jadi 10% nnti .)
- cukup 102 ... eh ? mana datang 1% lagi ? korang ni .... ambil kalkulator sekarang dan kira ... x dapat jwpn ? kira lagi sssaaaammmmppaaiii dapat ! hehe..."
pergh ! sebelum apa-apa , tengok jam berapa aku hapdet blog nie ? kehehe ... hebat tak ? tak ? kureng kamu .... xpe , aq hepi sangat walau hakikatnya aku rasa nak cekik kamu
semua bab sok kami nak perform kat u.k . fulamak ! bukan united kingdom ... kat ujana kewangan je sebenarnya . shopping mall W.P.Labuan . Kami busy bukan lagi gila2 , tp sampaiTahap nak mengalahkan CEO berjaya . Apalagi , dah busy sampai cam tu ... mulalah hidung kembang kempis sambil menahan muka dari mengeluarkan reaksi riak .
.. .. kan aku dah cakap , ayat aku dengan bangganya memesongkan diri . haish ....
Kami akan bertolak dari sekolah tepat jam 7:30 am. Tu pun klu dah habis angkat barang gamelan yang beratnya .., mak aiii !! boleh ber-muscle orng dibuatnya klu hari-hari angkat menatang ni ! tp apa boleh buat , persembahan punya pasal .... aku dengan setengah-punya-separuh ikhlas angkat . sampai d sana , siapkan tempat kami , then raptai . Lepas raptai , rehat . Sekitar selepas t/hari , terus acara bermula . hebat tak ? ...... klu berani cuba cakap tak , ada aku siat kulit kamu satu-satu kang ...
hmmmm....... pastu terus latihan tuk 13 haribulan ni . Nampak tak ? semua dah berkomplot nak dekatkan tarikh acara supaya kami se-geng gamelan penat . Motif yang amat ketara lagi nyata . kureng .....
Aku sangat hepi gak bab sukan sea , Malaysia lwn Thailand dapat mata 2 - 1 ! hebat kan , nampaknya hasil aku meraung untuk mereka menang menjadi. sepanjang perlawanan tadi tak berhenti . kecian abng aku yg kena efek jeritan aku . Khairul Fahmi pula , mcm besa lah .... jaga gol dengan penuh gaya . cair aku bila nampak dya senyum lepas malaysia meng-gol-kan di masa pertama . pergh ! bertuah aku pinang khairul fahmi awal-awal . hehe... lupakan statement tadi tu .
K tu je yang boleh aku sampaiakn pada mlm ni . hrp teruskan baca blog ni .
Asalammualaikum..
ikhlas Dari :-
(ok boleh simpan pisau tau machin gun . mahupun bazoka . Khairul fahmi bukan milik aku seorang TT.TT)
anyway , pics of the day !
"WTFish! how did you get out there ?"
answer : never did know ...




No comments:
Post a Comment